Social
188

Padah godam sistem pengundian pertandingan ratu cantik

Florida – Seorang remaja di Amerika Syarikat dijatuhi hukuman penjara 16 tahun kerana menggodam sistem pengundian pertandingan ratu cantik sekolah bagi membolehkannya memenangi gelaran tersebut pada tahun lepas, lapor akhbar Daily Mail semalam.

Emily Rose Grover, 18, dituduh melakukan kesalahan tersebut bersama ibunya, Laura Rose Carroll, 50, yang merupakan Penolong Pengetua di sebuah sekolah lain di daerah sama, Bellview Elementary School.

Dalam pembacaan pertuduhan, dua beranak itu disabitkan beberapa jenayah seperti kesalahan penggunan sistem komputer, jaringan komputer dan peranti elektronik, penggunaan alat komunikasi dua hala tidak sah dan konspirasi.

Mereka turut dituduh menggodam dan melakukan penipuan komputer yang membolehkan Carroll dan Grover dipenjarakan hingga tahun 2037, jika sabit kesalahan.

Hasil siasatan mendapati, terdapat 117 undian dibuat terhadap Grover yang dihantar menggunakan alamat protokol internet (IP) yang sama dalam tempoh singkat, sekaligus membawa kepada penemuan bukti yang mengaitkan gadis itu bersama ibunya.

Susulan jenayah itu, Carroll digantung daripada pekerjaannya manakala Grover pula dibuang sekolah. – Agensi

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu