Social
303

Padah keluar lebih 10 kilometer

Johor Bahru – Kedegilan seorang individu melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 mengundang pada apabila dia dikenakan kompaun sebanyak RM5,000.

Dalam kompaun yang dikongsikan di media sosial hari ini, individu berkenaan didakwa melakukan kesalahan keluar dari tempat tinggalnya melebihi 10 kilometer (km).

Kesalahan itu dilakukan di Jalan Tampoi, susur keluar ke Jalan Tebrau, di sini pada pukul 11.59 malam, 1 Jun lalu.

Atas perbuatan itu, dia dikenakan kompaun mengikut Peraturan 16 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1998.

Perkongsian berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial sama ada menyokong tindakan pihak berkuasa atau sebaliknya mempersoal pemberian kompaun itu.

Namun majoriti daripadanya mempersoalkan mengapa individu terbabit berada di luar rumah pada masa berkenaan kerana tiada pejabat yang beroperasi pada waktu itu.

Ada antara mereka turut mempersoalkan adakah individu dikompaun itu berada di luar rumah pada masa berkenaan untuk melakukan kegiatan tidak baik seperti jenayah.

Beberapa pengguna media sosial turut mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa kerana bertugas tanpa mengira masa dalam memastikan masyarakat terus mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan dalam memerangi pandemik Covid-19.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd. Padzli Mohd. Zain mengesahkan kejadian itu. — Kosmo Online

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu