Social
131

Padah rogol remaja bawah umur

Tawau –  Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah merogol remaja bawah umur berusia 14 tahun, 26 Mei lalu.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud, menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, Edieka Mulyadi, 20, selepas mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 (1) akta yang sama.

Mengikut kertas pertuduhan, Edieka yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri berasal dari Indonesia itu, didakwa merogol gadis berkenaan di dalam sebuah bilik rumah kayu tidak bernombor di kebun kelapa sawit, Sin Onn, dekat sini, jam 8.30 malam, pada 26 Mei lalu.

Pendakwaan yang dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Kershanathan Pathmanathan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat sebagai pengajaran kepada tertuduh kerana membabitkan mangsa bawah umur.

Bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman diringankan dengan alasan menjaga ibu bapa yang sudah tua.

Mahkamah kemudiannya turut memerintahkan tertuduh dihukum penjara lima bulan dan tiga sebatan atas kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini tanpa sebarang dokumen perjalanan atau pengenalan diri yang sah.

Kedua-dua hukuman berkuat kuasa dari tarikh sabitan dan berjalan secara berasingan.

Berdasarkan fakta kes, satu laporan polis dibuat ibu mangsa kira-kira 12.16 tengah malam pada 28 Mei lalu, apabila dimaklumkan oleh doktor yang memeriksa remaja berkenaan mendapati terdapat koyakan pada bahagian kemaluan (selaput dara) selepas mangsa mengaku melakukan hubungan seks dengan tertuduh yang juga teman lelakinya di kebun kelapa sawit.

Susulan laporan itu, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, menahan suspek kira-kira 12.20 tengah malam, hari yang sama. — BH Online

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu