Social
705
0

Padah sambut hari lahir ketika PKP

Langkawi – Keseronokan 17 individu meraikan hari lahir bertukar malang apabila dikompaun kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah rumah di kawasan Makam Mahsuri di sini, semalam.

Sepasukan polis yang melakukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) PKP menyerbu rumah itu pada 1 pagi selepas mendapati banyak kenderaan di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, polis mendapati 13 lelaki dan empat wanita dewasa berkumpul dalam rumah itu sambil mengadakan sambutan hari lahir.

“Seramai 17 individu dewasa berusia di antara 18 dan 32 tahun itu adalah penduduk tempatan dan menetap di sekitar Langkawi.

“Kesemuanya dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Rabu lalu, polis Langkawi turut mengeluarkan kompaun kepada pasangan pengantin baharu dan 17 rakan mereka yang berpakaian sedondon kerana melanggar SOP selepas berkumpul dan bergambar berkumpulan di Taman Nilam di sini. – Harian Metro

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu