Social
137

Padah seludup daun ketum guna surat palsu MITI

Teluk Intan – Cubaan dua lelaki untuk menyeludup daun ketum ke Lembah Klang menggunakan surat kebenaran palsu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) gagal apabila lori yang dinaiki mereka ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu, awal pagi semalam.

Pemangku Komander PPM Wilayah Satu Supt Shoppri Saad berkata lori dinaiki pemandu berumur 48 tahun dan kelindan lori berusia 47 tahun itu ditahan di persimpangan lampu isyarat di Batu 5, Jalan Teluk Intan-Sabak Bernam hasil maklumat Unit Risikan Marin Kampung Acheh.

“Hasil pemeriksaan pada kira-kira 1.45 pagi itu menemukan 475 kilogram daun ketum yang dianggarkan bernilai RM28,500 disimpan di dalam 95 bungkusan plastik hitam di bahagian belakang kenderaan berat berkenaan.

“Ketika ditahan, suspek menunjukkan surat MITI sebagai taktik mengaburi pihak berkuasa supaya tidak ditahan namun didapati palsu. Hasil siasatan mendapati lori berkenaan membawa muatan daun ketum dari Seberang Perak untuk dijual ke Lembah Klang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shoppri berkata daun ketum itu dipercayai mendapat permintaan tinggi di Lembah Klang menyebabkan suspek mengambil peluang untuk membawa masuk barang larangan tersebut ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengaut keuntungan.

Katanya, kesemua hasil rampasan termasuk lori berkenaan diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak dan kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (no 3) 2020, lapor Bernama.

Tags: , , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu