Social
171

Padah tidak pakai pelitup muka

Bentong – Empat lelaki masing-masing dikompaun RM1,500 kerana tidak memakai pelitup muka di kawasan perindustrian Jalan Lama Bentong menghala Kuala Lumpur, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, berkata kesemua lelaki berusia antara 18 hingga 55 tahun itu, didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) oleh anggota kereta peronda polis yang membuat rondaan di sekitar kawasan berkenaan, kira-kira jam 10.50 pagi.

“Keempat-empat lelaki terbabit dengan sengaja tidak memakai pelitup muka dan memberi pelbagai alasan sebab tidak berbuat demikian,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata, mereka dikompaun di bawah Peraturan 17(1) Akta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (no 2) 2021. – BH Online

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu