Kuala Lumpur Post

klpost-minify__1_-removebg-preview
Social

Paip bocor dipercayai punca tanah runtuh

AMPANG — Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Taman Mega Jaya di sini, hari ini, yang dipercayai berpunca daripada kebocoran paip bawah tanah.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kejadian jam 2.48 petang.

Pengarah JBPM Selangor Norazam Khamis berkata, sebuah jentera dengan kekuatan tujuh pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi sebelum tiba pada jam 3 petang.

“Pemeriksaan mendapati tanah runtuh dianggarkan ketinggian 30 meter yang kemungkinan disebabkan oleh kebocoran paip di bawah tanah.

“Terdapat sebuah rumah terletak paling hampir iaitu kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian.

“Namun kejadian runtuhan itu tidak mengakibatkan kerosakan struktur rumah dan tiada mangsa dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihak Indah Water Konsortium (IWK) dimaklumkan kejadian dan sedang melakukan penyelenggaraan.

Katanya, pasukan bomba juga masih meneruskan pemantauan di lokasi.

Tags: , ,