Nation
382
0

Paip Pecah: Gangguan bekalan air di enam kawasan – Air Selangor

Kuala Lumpur – Enam kawasan di wilayah Klang dan Shah Alam iaitu Seksyen 18, 19, 20, 23, 24, dan 25, akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, ekoran kejadian paip pecah yang telah berlaku di Jalan Persiaran Jubli Perak di Seksyen 24 Shah Alam, pada Ahad.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd Elina Baseri dalam kenyataannya hari ini berkata, ekoran insiden itu bekalan air akan ditutup pada 10.30 malam 13 Dis (Ahad) bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut, dan dijangka siap pada 8 pagi 14 Dis (Isnin).

“Bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada 12 tengah hari 14 Dis. Para pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat mengikut jarak premis dan tekanan air, apabila bekalan air mula disalurkan setelah kerja-kerja pembaikan siap dilaksanakan,” katanya.

Elina berkata, Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki bagi pengguna yang terjejas sepanjang gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan kerja-kerja pembaikan paip pecah tersebut dari semasa ke semasa melalui semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor di Facebook, Twitter dan Instagram, serta aplikasi Air Selangor di laman sesawang kami di www.airselangor.com. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu