Nation
321

Parlimen bersidang 5 hari mulai 26 Julai ini : PMO

Putrajaya – Kerajaan bersetuju untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 diadakan selama lima hari mulai 26 hingga 29 Julai dan pada 2 Ogos depan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menerusi kenyataan sama, PMO turut memaklumkan bahawa sesi Dewan Negara dibuat selama tiga hari mulai 3 hingga 5 Ogos depan.

“Mesyuarat ini bertujuan untuk memberi penerangan kepada Ahli-Ahli Parlimen mengenai Pelan Pemulihan Negara dan meminda semua perundangan dan peraturan bagi membolehkan persidangan Parlimen diadakan secara hibrid,” katanya di sini hari ini.

PMO berkata, berdasarkan Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, semua proklamasi darurat dan ordinan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong akan dibentangkan di hadapan kedua-dua Majlis Parlimen (shall be laid before both Houses of Parliament).

“Mesyuarat ini akan diadakan mengikut prosedur operasi standard yang akan ditentukan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan.

“Nota Jemaah Menteri telah diedar secara berutus kepada Jemaah Menteri untuk mengambil maklum mengenai perkara ini,” katanya.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu