Nation
145

Parlimen boleh bersidang September atau Oktober : PM

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan Parlimen boleh bersidang semula pada September atau Oktober ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Beliau berkata, ia bakal diadakan dalam tempoh Fasa Ketiga Pelan Pemulihan Negara yang diumumkannya, hari ini.

“Ini pendirian saya daripada awal bahawa sistem demokrasi Parlimen boleh berfungsi semula pada masa sesuai, iaitu setelah kes (Covid-19) terkawal dan kita hampir mencapai imuniti berkelompok.

“Saya akan terus mendokong sistem demokrasi berparlimen dan Raja Berperlembagaan,” katanya pada Perutusan Khas Mengenai Pelan Pemulihan Negara yang disiarkan secara langsung, sebentar tadi.

Beliau juga mengingatkan semua pihak supaya tidak sengaja menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan rakyat mengenai situasi semasa negara.

“Jangan ada pihak yang sengaja menimbulkan keresahan dan kecelaruan dalam kalangan rakyat sehingga mengganggu tugas kerajaan untuk menangani pandemik Covid-19,” katanya. — Harian Metro

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu