Nation
194

Parlimen kemuka cadangan kepada PM persidangan sebelum 1 Ogos

Kuala Lumpur – Yang Dipertua Dewan Negara Senator Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mencadangkan kepada perdana menteri agar sidang khas Parlimen diadakan sebelum 1 Ogos mengikut peruntukan undang-undang sedia ada, lapor Bernama.

Cadangan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin itu susulan majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam.

“Kedua-dua Yang Dipertua Dewan Negara dan Dewan Rakyat menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan telah menyatakan komitmen dan kesediaan penuh Parlimen Malaysia untuk mengadakan persidangan Parlimen seperti yang dititahkan oleh Baginda Tuanku,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Parlimen Malaysia hari ini.

Menurut kenyataan itu, pada majlis menghadap berkenaan, Al-Sultan Abdullah telah menzahirkan titah pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan sebelum 1 Ogos ini.

Majlis menghadap itu turut dihadiri timbalan-timbalan Yang Dipertua kedua-dua dewan.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu