Social
330

Parti liar : Penjawat awam antara 13 ditahan

Iskandar Puteri – Seorang penjawat awam dan remaja perempuan, antara 13 yang ditahan dalam serbuan sebuah parti liar yang diadakan di sebuah unit pangsapuri mewah, di Medini, malam Sabtu hingga awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 4 pagi Ahad itu, serbuan berkenaan diadakan hasil risikan yang dibuat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, berkata dalam serbuan berkenaan seramai 13 suspek yang sedang berhibur ditahan membabitkan 10 lelaki dan tiga wanita.

Katanya, ia termasuk seorang penjawat awam berusia 27 tahun serta seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

“Melalui siasatan awal, penganjur parti liar ini mengajak suspek yang terbabit menyertai parti itu menerusi aplikasi Whatsapp.

“Semua suspek tidak dikenakan apa-apa bayaran dengan parti liar ini telah bermula Sabtu lalu kira-kira jam 9.00 malam dan dijadualkan berakhir lewat pagi semalam.

“Namun hasil risikan, berjaya membuat serbuan sekali gus membuat tangkapan ke atas 13 orang membabitkan 10 lelaki dan tiga wanita.

“Seorang daripada yang ditahan adalah penjawat awam berusia 27 tahun serta seorang remaja perempuan berusia 17 tahun,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dzulkhairi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan melanggar (SOP) Perintah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Kesemua suspek yang ditahan berusia dalam lingkungan 17 hingga 27 tahun.

“Polis turut merampas satu set pembesar suara dan satu set peralatan lampu laser.

“Hasil saringan air kencing ke atas kesemua suspek mendapati sembilan suspek lelaki dan dua suspek perempuan postif dadah jenis methamphetamine, namun tiada rampasan dadah dibuat,” katanya.

Beliau berkata, hasil semakan rekod di sistem turut mendapati dua suspek mempunyai rekod berstatus dikehendaki di atas kesalahan dadah di bawah Sek 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, lapor BH Online.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu