Social
382

Parti liar : Seorang anggota polis positif dadah

Petaling Jaya – Seorang daripada anggota polis yang ditahan ketika berparti liar di sebuah balai polis di Kajang, Selangor didapati positif dadah.

Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Datuk Azri Ahmad berkata, hasil ujian saringan awal dijalankan terhadap lapan orang yang ditahan dalam serbuan itu mendapati, seorang daripda mereka positif dadah jenis THC.

“Sementara yang lain negatif,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini, lapor Utusan Online.

Terdahulu, media melaporkan lapan individu termasuk ketua balai polis bersama tiga anggotanya berparti liar bersama empat wanita yang juga orang awam di sebuah balai polis ditahan dalam serbuan pukul 6 petang oleh Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, semalam.

 

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu