Social
301

Pasangan pengantin baharu mati dikelar

Sumatera – Sepasang suami isteri ditemui maut dengan lehernya dikelar di dalam bilik di Kampung Cot Bajet, Gandapura, Bireuen.

Lapor Tribunnews, pasangan itu, Abdul Karim, 34, dan isterinya Kartini, 34, baru sahaja berkahwin dua minggu lalu.

Menurut bapa mangsa, Hasan, 66, dia terdengar seperti bunyi suara orang mengigau dan terus bergegas ke bilik anaknya.

Selepas pintu bilik itu tidak dibuka, dia keluar dari rumah dan cuba mengumpil tingkap tersebut.

Dia melihat banyak darah keluar dari leher menantu lelakinya sebelum memberitahu jiran dan ahli keluarga lain.

Ketika dia bersama jiran lain memasuki bilik itu, mereka mendapati kedua-dua mangsa sudah meninggal dunia.

Sementara itu, pihak polis berkata, mayat mangsa dibawa ke unit forensik untuk dibedah siasat dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut. – Tribunnews

Tags: , , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu