Kuala Lumpur Post

Social

Pati maut dilanggar ketika melarikan diri

TAPAH — Polis akan membantu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengesan 130 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang melarikan diri dari Depoh Imigresen Sementara Bidor, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, setakat ini Pati terbabit terdiri 115 Rohingya dan 16 Myanmar yang mana seorang disahkan maut dalam kemalangan di KM335 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bidor.

Menurutnya, setakat ini belum dapat dikesan mereka yang melarikan diri dan polis akan membantu Jim mengesan Pati terbabit menerusi Op Tutup.

“Sekarang tinggal 130 lagi yang akan dikesan kerana seorang sudah meninggal dunia dalam kemalangan dan bukan 13 orang seperti yang tular di media sosial.