Nation
213

PDRM digesa siasat dakwaan akaun Twitter ’@edisi_siasatmy’ : Musa

Kuala Lumpur – Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menyiasat kenyataan dimuat naik oleh pengguna akaun Twitter dikenali sebagai ‘@edisi_siasatmy’ yang mendakwa segelintir pegawai kanan PDRM yang dipercayai terlibat dengan kes penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah.

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang membuat gesaan itu berkata sebelum mengambil tindakan lanjut, PDRM terlebih dahulu perlu mengesahkan sama ada dakwaan yang tular di media sosial itu benar atau sebaliknya.

Beliau berkata pegawai dikaitkan dengan dakwaan berkenaan boleh mengambil tindakan saman sivil sekiranya maklumat itu terbukti palsu.

“Daripada sudut perundangan, mereka boleh mengambil tindakan saman jika maklumat itu palsu namun kalau benar semua bukti perlu dikumpulkan untuk menentukan sama ada jenayah itu benar berlaku atau sebaliknya,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Alam Damai di sini, hari ini.

Musa yang juga presiden MCCC berkata mereka yang dikaitkan perlu diambil tindakan bagi mengelak imej PDRM tercalar.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu pendedahan mengenai perkara itu yang tular di media sosial.

“Dalam hal ini, kesemua sumber maklumat itu perlu disiasat benar atau palsu. Selain itu, pengguna Twitter itu juga ada memberi kenyataan kes yang sama turut melibatkan pengurusan tertinggi sebuah badan pencegah rasuah,” katanya.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai pendedahan pemilik akaun Twitter berkenaan yang mendakwa segelintir pegawai kanan polis dipercayai terlibat masalah salah laku, di samping turut mendakwa pengurusan tertinggi sebuah badan pencegahan rasuah melindungi sindiket jenayah serta terlibat dengan rasuah, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu