Nation
182

PDRM kemuka permohonan siasat dakwaan rakyat Malaysia ditahan Taliban

Kuala Lumpur – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengemukakan permohonan kepada agensi keselamatan luar negara bagi menyiasat dakwaan berhubung dua rakyat negara ini yang ditahan pihak berkuasa Taliban di Afghanistan.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihaknya mengambil maklum mengenai laporan berita dua rakyat negara ini ditahan kerana penglibatan mereka sebagai pejuang Daesh.

“Setakat ini, PDRM tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung penglibatan rakyat Malaysia dengan aktiviti Daesh di Afghanistan.

Bagaimana pun, siasatan sedang dijalankan berhubung kemungkinan berita yang dilapor tersebut melibatkan pejuang Daesh warganegara Malaysia yang telah sedia ada berada di luar negara,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Media antarabangsa  melaporkan dua rakyat Malaysia antara enam individu yang ditahan pihak berkuasa Taliban kerana terbabit dalam pertemburan bersenjata di Kabul, Afghanistan pada Khamis lepas, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu