Social
327

PDRM mohon bantuan Interpol kesan Caprice, Nadir Al-Nuri

Kuala Lumpur – Polis telah memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan penyanyi rap Ariz Ramli atau lebih dikenali sebagai Caprice dan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata permohonan bantuan itu dikemukakan pada 16 Ogos lepas bagi merakam percakapan kedua-dua mereka secara dalam talian bagi tujuan siasatan.

Ashari berkata ia bagi melengkapkan siasatan berhubung satu laporan yang dibuat pendakwah terkenal Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew pada 21 Julai lepas.

Beliau menjelaskan permohonan bantuan Interpol itu dibuat selepas segala usaha menghubungi kedua-dua individu berkenaan tidak dibalas termasuk menerusi e-mel dan laman sosial.

“Kami juga sedang menghubungi nombor telefon seperti yang dimuat naik Caprice di laman Instagramnya dan berharap beliau memberi kerjasama sepenuhnya,” katanya kepada Bernama hari ini.

Ebit Lew membuat laporan polis berhubung tuduhan yang dilontarkan kedua-dua individu berkenaan di laman sosial dan kes disiasat mengikut Seksyen 500 serta 504 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, lapor Bernama.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu