Nation
156

PDRM nafi KPN minta masyarakat lapor golongan antivaksin

Kuala Lumpur –  Polis hari ini menafikan mesej tular mendakwa Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Abdullah Sani meminta masyarakat menyalurkan maklumat mengenai golongan antivaksin menerusi sebuah portal.

Superintendan Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Superintendan A. Skandaguru berkata, berdasarkan maklumat diterima oleh polis, mesej palsu itu antara lain meminta orang ramai melaporkan ‘penghasut antivaksin’ melalui portal https://ereporting.rmp.gov.my/register.aspx.

“Portal dinyatakan dalam mesej palsu terbabit bagaimanapun merupakan portal perkhidmatan projek rintis oleh PDRM di beberapa lokasi khusus untuk orang awam membuat laporan polis secara dalam talian hanya bagi kes-kes yang tidak membabitkan jenayah atau memerlukan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau seterusnya mengingatkan orang ramai supaya tidak terus menyebarkan maklumat palsu itu dan membuat pertanyaan kepada PDRM sekiranya berasa ragu tentang sebarang maklumat yang diterima.

“Salurkan pertanyaan kepada PDRM menerusi pautan Facebook rasmi https://www.facebook.com/pdrmsiaofficial/ atau lain-lain media sosial rasmi pasukan keselamatan itu,” katanya. — Harian Metro

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu