Social
172

PDRM, pihak berkuasa diarah siasat isu kematian dalam tahanan

Putrajaya – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pihak berkuasa terlibat agar memulakan siasatan menyeluruh mengikut prosedur serta tatacara yang ditetapkan oleh perundangan negara berhubung kes kematian dalam tahanan.

Menurut kenyataan KDN hari ini, kementerian itu melalui PDRM juga bersedia menambah baik prosedur operasi standard (SOP) mengenai penahanan suspek dalam lokap dari semasa ke semasa bagi memastikan kes kematian dalam tahanan tidak berulang.

Kenyataan itu susulan memorandum berhubung kes kematian dalam tahanan yang diserahkan wakil Pakatan Harapan kepada pihak KDN semalam. Menurut laporan media, memorandum berkenaan antara lain mahukan sebuah petugas khas bebas ditubuhkan bagi menyiasat kematian dua tahanan iaitu A Ganapathy dan S Sivabalan baru-baru ini.

Menurut pihak berkuasa, punca kematian mereka adalah disebabkan isu kesihatan yang turut disahkan oleh pihak hospital.

KDN berkata segala siasatan berhubung kes kematian dalam tahanan akan dibuat secara adil dan telus berdasarkan lunas perundangan sedia ada.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati cuai semasa tugasan atau melakukan kesalahan yang mengakibatkan kes seumpama berlaku,” katanya. – Bernama

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu