Social
356

PDRM siasat video tular jurulatih polis keluar kenyataan jelik

Kuala Lumpur – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius kejadian seorang jurulatih polis lelaki didakwa mengeluarkan kenyataan jelik kepada pelatih polis wanita di sebuah Pusat Latihan Polis (Pulapol) seperti dipaparkan sebuah video yang tular di media sosial.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman Datuk Zaini Jass berkata perkara itu boleh mencemarkan integriti PDRM serta tahap profesionalisme di institusi Pulapol.

Beliau berkata siasatan dalaman ke atas jurulatih polis terbabit telah dimulakan dan sehingga hasil siasatan diperoleh, anggota itu akan dipindahkan untuk melakukan tugasan am pejabat.

“Pucuk pimpinan PDRM menegaskan bahawa tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk kenyataan, perbuatan serta perilaku yang boleh ditafsirkan sebagai seksis dan seumpamanya dalam kalangan warga PDRM.

“Sebarang salah laku akan diambil tindakan tegas dan segera di bawah peruntukan undang-undang serta peraturan tatatertib pegawai awam sedia ada,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Hari ini tular di media sosial seorang jurulatih polis lelaki mengeluarkan kenyataan jelik apabila meminta para pelatih polis wanita membuat aksi lompat bintang empat penjuru.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu