Kuala Lumpur Post

Nation

PDRM, SPRM kongsi maklumat siasat aktiviti judi dalam talian babitkan politik

KUALA LUMPUR — Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berkongsi maklumat bagi menentusahkan aktiviti judi dalam talian yang melibatkan pihak politik.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihaknya telah menerima maklumat berhubung perkara itu dan siasatan sedang dijalankan.

“PDRM mengulangi komitmen tidak akan membiarkan kegiatan yang menimbulkan kemudaratan kepada masyarakat dan negara serta segala langkah yang diambil adalah berteraskan undang-undang,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa wujud elemen naungan politik dalam kegiatan perjudian dalam talian di negara ini.

Saifuddin berkata elemen itu menjadi kekangan terbesar kepada Kementerian Dalam Negeri dan PRDM serta kerajaan secara keseluruhannya dalam usaha membanteras kegiatan tersebut, lapor Bernama.

Tags: , , ,