Nation
541

PDRM umum 7 pertukaran pegawai kanan

Kuala Lumpur – Ketua Penolong Pengarah (D4) Risikan/Operasi/Rekod Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman SAC Wan Rukman Wan Hassan antara tujuh pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 20 Sept depan.

Supt Komunikasi Korporat PDRM Supt A. Skandaguru berkata, Wan Rukman dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Pembangunan Kerjaya, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Beliau berkata, pertukaran lain melibatkan Penolong Pengarah (D5) Pendakwaan/Undang-Undang JSJ ACP S. Shanmugamoorthy dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah (D4) Risikan/Operasi/Rekod JSJ Bukit Aman, dengan memangku pangkat SAC.

“Pertukaran lain melibatkan Ketua Jabatan Pengurusan Pahang ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Kuantan, manakala Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Selangor ACP Muhammad Yazid Muhammad Yew, dilantik sebagai Penolong Pengarah (D14) Siasatan Jenayah Terancang JSJ Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Penolong Pengarah (D14) Siasatan Jenayah Terancang JSJ Bukit Aman ACP Azman Ali dilantik sebagai Ketua JSJK Selangor, manakala Penolong Pengarah (Siasatan Jenayah Komputer/Internet/Harta Intelek/Cakera Optik) JSJK Bukit Aman, dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Pahang dengan memangku pangkat ACP.

Berikutan itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Terengganu DSP Ismail Man dilantik sebagai Ketua JSPT Terengganu dengan memangku pangkat Supt, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu