Nation
317

PDRM umum pertukaran 12 pegawai kanan

Kuala Lumpur – Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Kedah ACP Abd Ghafar Ibrahim merupakan antara 12 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang tersenarai dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 21 Jun depan.

Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman Superintenden Skandaguru Anandan dalam satu kenyataan memaklumkan Abd Ghafar akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Cawangan Khas Pengurusan dan Koordinasi Pahang dan jawatannya akan diisi oleh Timbalan Ketua Cawangan Khas Pengurusan dan Koordinasi Kedah ACP Zaimy Mohamad Nawi.

Menurut kenyataan itu, jawatan Zaimy pula akan disandang oleh Pegawai Turus E1C1 Cawangan Khas Bukit Aman ACP Azizon Othman.

“Turut terlibat dalam pertukaran ialah Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe yang akan dilantik sebagai Penolong Pengarah (Siasatan/Perundangan/Kajian Kes) Bahagian Pematuhan Standard, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman dengan jawatannya itu akan diisi oleh Penolong Pengarah Perjawatan (Audit) Cawangan Perjawatan Bahagian Perkhidmatan/Perjawatan Jabatan Pengurusan Bukit Aman ACP Mohd Shukhairy Abd Sabhe,” katanya. – Bernama

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu