Nation
197

PDRM umum pertukaran 5 pegawai kanan

Petaling Jaya – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran lima pegawai kanannya yang akan berkuat kuasa pada 15 November ini.

Superintendan Komunikasi Korporat Urus Setia Ketua Polis Negara PDRM, Superintendan Skandaguru Anandan berkata, pertukaran didahului Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman, Datuk Muhammed Hasbullah Ali yang akan bertukar sebagai Timbalan Pengarah (Pengubahan Wang Haram/Siasatan Perakaunan Forensik) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman.

“Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah, Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Dennis Lim Kwang Keng akan bertukar sebagai Ketua Penolong Pengarah (D9), Siasatan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

“Ketua Penolong Pengarah (D9) Siasatan Khas, Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, SAC Sapii Ahmad akan bertukar sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Sabah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.

Pertukaran seterusnya membabitkan Timbalan Ketua Perisikan, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Kementerian Dalam Negeri, Asisten Komisioner Habibi Majinji yang akan memangku pangkat SAC sebagai Ketua Penolong Pengarah, Urusetia Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman.

“Pertukaran terakhir membabitkan Ketua Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard, Sabah, Asisten Komisioner Mohammad Hisham Mohamad Idris yang akan bertukar sebagai Pengarah Cawangan Operasi, Bahagian Perlindungan, Jabatan Perdana Menteri,” ujarnya, lapor Kosmo Online.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu