Nation
307

PDRM umum pertukaran 6 pegawai kanan berkuat kuasa 21 Jun

Kuala Lumpur – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran jawatan enam pegawai kanannya, berkuat kuasa 21 Jun ini.

Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman Supt Skandaguru Anandan memaklumkan pertukaran itu antaranya membabitkan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Johor SAC Alzafny Ahmad yang dilantik sebagai Ketua JPJKK Kedah.

“Jawatannya akan digantikan oleh Timbalan Ketua JPJKK (Perancangan Strategik) Johor ACP Abdul Aziz Ali dengan memangku pangkat SAC.

“Pertukaran lain melibatkan Pegawai Turus Perkhidmatan/Perjawatan, Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur Supt Aniesa Hanum Ahamad yang akan dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Melaka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Risikan/Operasi) DSP Sarih Salleh pula dilantik sebagai Ketua JSJ Perlis dengan memangku pangkat Supt.

Pertukaran lain turut menyaksikan Timbalan Ketua JSJ Narkotik Perlis DSP Mohd Zati Hamid dilantik Ketua JSJ Narkotik Perlis memangku pangkat Supt manakala ASP Pengurusan/Lesen/Pendataan, Bahagian Perlesenan, Jabatan Pengurusan Sabah ASP Simiun Lomudin bertukar jawatan sebagai Ketua Polis Daerah Ranau, Sabah dengan memangku pangkat DSP. – Bernama

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu