Social
239

Pegawai AADK didakwa sebabkan kematian seorang lelaki

Yan – Seorang pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang lelaki pada Julai lepas.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada Md Ilyas Syahmi Ibnu, 34, yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Anis Suraya Ahmad.

Mengikut pertuduhan, Md Ilyas Syahmi yang bertugas di AADK Kuala Muda didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian seorang lelaki berumur 24 tahun di hadapan bangunan Pejabat Penguatkuasaan AADK Daerah Kuala Muda, Sungai Petani kira-kira 10.40 malam pada 18 Julai.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 20 Okt ini untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan forensik dan kimia.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat dan Mohd Farhan Aliff Ahmad manakala Peguam Mohd Shafiq Ahmed Bazari dan Nur Elissa Baharudin mewakili Md Ilyas Syahmi, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu