Nation
132

Pegawai peribadi positif Covid, Ketua Menteri P. Pinang kuarantin di rumah

Georgetown – Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow akan menjalani kuarantin di rumah selepas seorang pegawai pengiringnya disahkan positif COVID-19.

Dalam satu kenyataan hari ini, Chow berkata keputusan saringan Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) beliau yang dijalankan pada Jumaat lalu menunjukkan keputusan negatif.

“Justeru, saya telah diarahkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) untuk menjalani kuarantin di rumah mulai sekarang.

“Saya perlu menjalani satu lagi ujian saringan pada hari Rabu, 28 Julai ini,” katanya, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu