Nation
699
0

Peguam Haniff Khatri didenda RM30,000 hina mahkamah

Putrajaya – Peguam Kanan Mohamed Haniff Khatri Abdulla didenda RM30,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Persekutuan kerana menghina mahkamah selepas tidak menghormati Mahkamah Persekutuan dalam kes pertikaian harta.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Datuk Abdul Rahman Sebli juga turut mengenakan denda masing-masing RM50,000 atau penjara sebulan terhadap tiga individu yang merupakan rakan kongsi firma pemberi pinjaman wang berlesen atas kesalahan sama.

Bagaimanapun, Hakim Abdul Rahman membenarkan permohonan Mohamed Haniff Khatri dan ketiga-tiga pihak untuk menyelesaikan denda itu menjelang Jumaat (8 Januari).

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof dan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim juga memerintahkan ketiga-tiga individu itu membayar kos RM50,000 manakala Mohamed Haniff Khatri membayar kos RM10,000.

Dalam menjatuhkan hukuman terhadap keempat-keempat individu itu, Hakim Abdul Rahman berkata perbuatan menghina mahkamah tidak boleh dipandang ringan. — Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu