Social
151

Pejalan kaki maut dilanggar tokan dadah ketika lari dari polis

George Town – Polis berjaya memberkas seorang lelaki dipercayai tokan dadah selepas mengejarnya sejauh kira-kira 6 kilometer (km) dari Greenlane hingga ke Batu Uban di sini kira-kira pukul 7.15 pagi tadi.

Suspek berusia 47 tahun itu dikatakan melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi sebaik merempuh seorang pejalan kaki hingga mangsa maut di tempat kejadian.

Difahamkan, susulan penangkapan lelaki tempatan itu telah membawa kepada penemuan sejumlah bungkusan dadah termasuk peralatan menimbang di dalam kenderaan tersebut.

Kejadian penahanan suspek di kawasan perumahan itu turut mendapatkan perhatian penduduk flat berhampiran yang masing-masing berkongsi rakaman video melalui media sosial WhatsApp.

Menerusi rakaman daripada seorang penghuni flat berhampiran, kelihatan sekumpulan anggota polis yang menaiki beberapa kenderaan sedaya upaya cuba menghentikan kereta suspek sebelum memberkasnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong turut mengesahkan kejadian itu.  — Kosmo Online

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu