Nation
513

Pejuang telah didaftarkan sebagai parti politik : Tun M

Kuala Lumpur – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) telah didaftarkan sebagai sebuah parti politik hari ini, kata pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir berkata parti itu menerima surat kelulusan daripada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) hari ini.

“Terima kasih kepada kerajaan yang mendaftar parti ini sebagai parti politik. Kita akan lebih cergas selepas ini kerana kita sudah sah,” katanya dalam sidang media secara dalam talian, hari ini.

Pada 25 Jun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Hamzah membuat keputusan berhubung rayuan Pejuang untuk mendaftar parti itu dalam tempoh 14 hari dan ia tamat pada hari ini.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata ahli Parlimen Pejuang akan mengusulkan cadangan penubuhan Majlis Pemulihan Negara pada sidang Parlimen akhir bulan ini bagi menyelesaikan isu yang dihadapi negara, kesan penularan pandemik COVID-19.

Bekas perdana menteri itu berkata majlis itu yang akan dianggotai oleh individu yang berkelayakan dan berpengalaman dalam menguruskan krisis temasuk pakar kesihatan dan pakar ekonomi akan membantu mengurangkan kes COVID-19.

Ditanya mengenai situasi politik semasa, beliau berkata: “Kami hanya berminat untuk mengusulkan penubuhan badan khas ini bagi menangani masalah semasa, kami akan fokus pada perkara itu, kami tidak berminat dengan politik pada masa ini. Keutamaan kami adalah menangani wabak”, lapor Bernama.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu