Kuala Lumpur Post

Social

Pekerja kilang belacan didakwa bunuh teman lelaki isteri

Teluk Intan — Seorang pekerja kilang belacan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan, Perak atas pertuduhan membunuh seorang lelaki awal bulan ini.

D Tanabalan, 42, hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Harian Metro melaporkan Tanabalan didakwa membunuh S Sundaraj, 32, di tepi jalan Taman Dato’ Nazri Langkap di Teluk Intan kira-kira 6.30 petang 5 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 tahun hingga 40 tahun dan tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Tiada tawaran ikat jamin buat tertuduh yang tidak diwakili peguam. Majistret T Ashvinii menetapkan 15 Mei untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan kimia.

Sebelum ini, Ketua Polis Hilir Perak, Ahmad Adnan Basri dilaporkan berkata, motif pembunuhan itu dipercayai akibat mangsa mengganggu isteri tertuduh.