Social
179

Pekerja maut terjatuh dalam lubang saluran air kumbahan

Batu Pahat – Pekerja penyelenggaraan di sebuah pasar raya dekat sini, maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air kumbahan ketika bertugas, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata dalam kejadian jam 8.20 malam itu, mangsa, Yazali Yakub, 52, dipercayai terjatuh ke dalam lubang berkenaan yang mempunyai kedalaman kira-kira empat meter.

“Mangsa berjaya dikeluarkan oleh bomba dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan bertugas.

“Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ismail berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. — BH Online

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu