Social
206
0

Pekerja positif Covid-19, Restoran Pelita ditutup sementara

Kuala Lumpur – Restoran Pelita Samudra Pertama terletak di Plaza Masalam, Shah Alam ditutup sementara bagi kerja pembersihan dan proses sanitasi.

Ia susulan terdapat kes membabitkan pekerja restoran berkenaan yang disahkan dijangkiti Covid-19, lapor The New Straits Times (NST).

Hasil ujian saringan dilakukan mendapati pekerja berkenaan menghidap Covid-19 selepas mengalami demam.

“Kami telah mengikut segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Keselamatan pelanggan dan pekerja adalah menjadi keutamaan. Ini adalah kali pertama berlaku, kami akan terus memberi kerjasama kepada KKM dalam menangani pandemik Covid-19,” memetik kenyataan restoran berkenaan seperti dilaporkan media.

Setakat semalam, Malaysia telah mencatatkan lebih 110,485 kes positif Covid-19 dengan 87,460 individu sembuh. – Bernama

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu