Nation
117

Pelajar asrama di Sarawak dibenar balik, tak perlu jalani ujian Covid-19

Kuching – Semua pelajar asrama di Sarawak kini dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing tanpa perlu menjalani ujian rt-PCR COVID-19, setelah kerajaan Sarawak mengumumkan untuk melanjutkan tempoh penutupan institusi pendidikan di negeri itu hingga 10 Mei depan.

Kebenaran itu merupakan antara keputusan terbaharu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini yang turut memutuskan untuk mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Rumah Panjang (Rh) Awit di Julau, Rh Papit (Sarikei) dan Rh Andrew (Pakan) dari 28 April hingga 11 Mei.

PKPD turut dikenakan di Sekolah Menengah Melugu (Sri Aman), Rh Janting (Simunjan) dan Rh Uming (Bintangor) dari 28 April hingga 12 Mei dan di Rh Naning (Sarikei) dari 30 April hingga 6 Mei.

Sarawak merekodkan 522 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 29,899 kes dan dua kematian baharu direkodkan akibat jangkitan itu, sekali gus menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 173 orang.

Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak turut mengisytiharkan enam lagi kluster baharu iaitu Kluster Tabuan Jaya, Kluster Taman Pelita dan Kluster Tabuan Melayu di Kuching, Kluster Durin di Bau, Kluster Sileng Dayak di Lundu dan Kluster Sains Bakam di Miri. – Bernama

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu