Social
189

Pelakon Abu Bakar Omar meninggal dunia

Petaling Jaya – Pelakon veteren Abu Bakar Omar menghembuskan nafas terakhir pada pukul 9.04 pagi di Hospital Alor Setar, Kedah.

Berita duka tersebut dikongsikan anak Allahyarham menerusi satu hantaran pagi ini.

“Dikemuliaan pagi Jumaat, 4 Ramadan bersamaan 16 April 2021 pukul 9.04 pagi, dengan sedih keluarga memaklumkan bahawa ayahanda kami, Abu Bakar Omar telah dijemput kembali ke rahmatullah.

“Jenazah akan diuruskan di No. 7, Jalan Bukit Nyamuk, Mukim Kurung Hitam, Kuala Nerang, Kedah dan solat jenazah dijangka selepas solat Jumaat,” tulisnya.

Jenazah akan disolatkan sekali lagi di Masjid Al-Ghufran sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru, Jalan Pegawai Alor Setar, Kedah selepas solat Asar.

“Mohon doakan ayahanda kami diampuni segala khilafnya dan ditempatkan bersama para Solohin.

“Bagi pihak keluarga kami memohon maaf atas segala salah silap almarhum ayahanda kami sepanjang hayat beliau bersama masyarakat warga nusa ini,” tulisnya.

Dilahirkan di Titi Gajah, Alor Setar, Kedah pada 25 April 1948, Abu Bakar pernah membintangi beberapa filem pecah panggung seperti Fenomena, Hingga Hujung Nyawa dan Duyung.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 73 tahun. – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu