Social
215

Pelakon ditahan miliki dadah bukan anggota TUDM

Kuala Lumpur – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menjelaskan pelakon yang ditahan kerana memiliki dadah di Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini bukan anggota pasukan itu atau Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia (PSSTUDM).

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan kekeliruan berlaku apabila beberapa media, penulis blog dan pengguna media sosial menggunakan gambar pelakon lelaki terbabit yang berpakaian seperti juruterbang pasukan itu.

“Gambar pelakon tersebut adalah semasa dia memegang watak sebagai juruterbang TUDM dalam sebuah drama bertajuk ‘Gempur Wira’ yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 2018.

TUDM amat kesal dengan tindakan penggunaan gambar artis berkenaan yang berpakaian juruterbang TUDM di dalam artikel berkaitan dakwaan kesalahan jenayah sehingga memberikan kesan negatif serta mencalarkan imej pasukan,” menurut kenyataan itu.

TUDM turut meminta pengamal media, penulis blog dan pengguna media sosial untuk tidak melibatkan pelakon tersebut dengan pasukan itu dan membuat pembetulan terhadap artikel yang telah dikeluarkan.

Ahad lepas, seorang pelakon lelaki berusia 28 tahun antara tiga lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah menerusi serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, Perak.

Ketiga-tiga mereka yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar semalam mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki dadah jenis ganja dan methamphetamine, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu