Social
1K

Pelakon mahu saman pakar dermatologi

Pelakon yang juga bekas peserta rancangan realiti popular India, Bigg Boss musim pertama, Raiza Wilson bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap atas seorang pakar dermatologi kerana menyebabkan kulitnya mengalami keradangan teruk.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Raiza menunjukkan keadaan kulitnya yang mengalami keradangan, kelihatan seperti terbakar dan melepuh selepas melakukan rawatan kulit bersama seorang doktor pakar terbabit.

Bukan itu sahaja, wajah pelakon berusia 32 tahun itu juga menjadi bengkak selepas melakukan rawatan.

“Dia (doktor) enggan berjumpa dengan saya selepas kejadian dan enggan bertanggungjawab,” ujarnya.

Akibat gagal mencari jalan penyelesaian secara baik, difahamkan Raiza akan memfailkan tuntutan saman ke atas doktor terbabit dan akan menuntut ganti rugi berjumlah Rs. 1 crore (RM548,000). – Kosmo Online

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu