Social
355

Pelakon, pengarah antara 3 ditahan positif dadah

Kuala Lumpur – Seorang pelakon lelaki 29 tahun ditahan bersama pengarah dan penolong pengarah berusia 49 dan 47 tahun selepas didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Kuala Kangsar, semalam.

Difahamkan, ketiga-tiga mereka diberkas dalam bilik berasingan di rumah berkenaan.

Ujian saringan awal air kencing mendapati pelakon dan pengarah positif dadah jenis THC manakala penolong pengarah pula positif amphetamine dan methamphetamine.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan memberitahu akan mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai kes berkenaan.

Tags: , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu