Social
385

Pelakon Tarzan, Joe Lara terbunuh dalam nahas pesawat

Nashville – Pelakon Amerika, Joe Lara yang membintangi “Tarzan: The Epic Adventures”terkorban dalam nahas pesawat bersama isterinya dan beberapa orang lain, lapor agensi berita Sputnik, memetik akhbar ‘The Tennessean’.

Lara, 58, antara tujuh yang terbunuh dalam nahas pada Sabtu itu, lapor akhbar berkenaan memetik kenyataan polis pada Ahad.

Mangsa lain termasuk isterinya, Gwen Lara, 66, dan lima lagi penumpang.

Pesawat Cessna C501 terhempas ke dalam tasik Percy Priest berhampiran Smyrna, sebuah bandar di Rutherford County, Tennessee, pada Sabtu pagi, sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Smyrna Rutherford County.

Pesawat itu dijadual menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach, Florida, menurut pegawai kecemasan.

Pihak berkuasa mengesahkan semua tujuh penumpang maut.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat (NTSB) sudah melancarkan siasatan bagi mengenal pasti punca nahas. – Bernama

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu