Nation
202
0

PELAN IMUNISASI COVID-19 KEPADA PEMEGANG KAD UNHCR – MENTERI SUMBER MANUSIA

Kuala Lumpur – Menteri Sumber Manusia, YB Datuk Seri M. Saravanan telah menerima kunjungan hormat oleh delegasi daripada Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Pelarian (UNHCR) yang diketuai oleh Encik Thomas Albrecht.

UNHCR merupakan salah satu badan di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)yang bertanggungjawab dalam aspek memelihara hak dan kebajikan pelarian.

Pelarian dan pemohon suaka adalah antara isu migrasi antarabangsa yang dihadapi oleh kebanyakan negara di dunia termasuk Malaysia.

Sehingga Disember 2020, terdapat sejumlah 178,610 pelarian dan pemohon suaka yang telah berdaftar dengan pejabat UNHCR di Malaysia.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 154,030 adalah daripada Myanmar dengan 102,250 etnik Rohingya dan 22,140 etnik Chin dan etnik-etnik lain.

Di antara isu yang telah dibincangkan dalam kunjungan hormat tersebut adalah berhubung isu imunisasi COVID-19 kepada pemegang kad UNHCR.

Ini adalah selaras dengan Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang akan dimulakan pada 24 Februari 2021 dan merangkumi tiga fasa. Pelan Imunisasi ini dijangka akan meliputi 70% daripada populasi dalam negara menjelang 2022. Imunisasi ini perlu juga diperluas kepada golongan pemegang kad UNHCR bagi memastikan tidak wujudnya kluster COVID-19 di kalangan mereka.

Beberapa negara telah menyatakan kesediaan untuk membiayai kos imunisasi ini kepada pemegang kad UNHCR.

UNHCR menganggarkan lebih daripada 20,000 individu masih lagi belum berdaftar dengan badan tersebut.

Justeru itu, program imunisasi ini memerlukan penglibatan daripada UNHCR bagi tujuan penyebaran maklumat di lapangan selain daripada penyertaan oleh Kementerian dan Agensi Kerajaan.

Pertubuhan masyarakat madani juga boleh memainkan peranan dalam mewujudkan kesedaran di kalangan komuniti pemegang kad UNHCR berhubung perkara ini.

More Similar Posts

You must be logged in to post a comment.
Most Viewed Posts
Menu