Social
235

Pelancong cemas jambatan kaca rosak

Beijing – Seorang pelancong berdepan dengan detik mencemaskan apabila panel kaca di sebuah jambatan gantung setinggi 330 kaki atau 100.6 meter rosak akibat tiupan angin kencang.

Lapor Daily Mail, jambatan gantung kaca itu terletak di sebuah resort yang dibina di Gunung Piyan di bandar Longjing, China.

Sekeping gambar menunjukkan seorang lelaki bergayut pada pagar setelah angin kencang pada kelajuan sehingga 144.84 kilometer sejam merosakkan panel kaca di jambatan itu.

Gambar yang menampilkan pelancong bergayut itu pada mulanya di kongsi di platform media sosial China, Weibo sehingga menarik perhatian lebih 4,000 warganet.

Berdasarkan laporan Straits Times, lelaki tersebut tersekat di jambatan itu untuk tempoh yang singkat.

Jelas laporan itu, lelaki itu berjaya merangkak dengan selamat selepas operasi menyelamat dikendalikan oleh oleh anggota bomba, polis dan pekerja perhutanan dan pelancongan.

Lelaki itu kemudian dibawa ke hospital dan dilaporkan menerima kaunseling susulan pengalaman ngeri yang dilaluinya.

Gambar tersebut dikongsi beberapa kali di Twitter sehingga rata-rata warganet melahirkan rasa takut.

Difahamkan, resort tersebut ditutup untuk waktu singkat berikutan insiden tersebut. – Agensi

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu