Nation
267

Pelantikan Danesh angkat suara anak muda ke peringkat lebih tinggi : Noraini

Bagan Datuk – Pelantikan Danesh Raj Nagarajan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Universiti Malaya (UM) akan mengangkat suara anak-anak muda ke peringkat lebih tinggi bagi memperjuangkan nasib golongan tersebut, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Noraini berkata beliau sendiri telah meneliti senarai cadangan daripada pihak alumni universiti tersebut dengan melihat kriteria yang ada sebelum pelantikan dibuat.

“Dia alumni yang aktif. Kita ingin bawa suara anak muda dalam universiti, berikan pendapat. Saya diberikan senarai cadangan, melihat kriteria yang ada, maka Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) lantik bekas pelajar yang mewakili alumni.

“Kita harus beri mereka peluang kerana mereka mampu bantu universiti berkenaan. Kita ada LPU, wakil masyarakat, ahli senat, pelbagai kategori untuk anak muda bersuara dan membuat pelbagai program berkaitan,” katanya selepas menyertai program vaksin ke rumah pesakit-pesakit terlantar bersama Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini, kira-kira 110 kilometer dari Ipoh hari ini.

Noraini mengulas laporan media yang memetik Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) semalam yang tampil mempersoalkan pelantikan Danesh Raj Nagarajan sebagai LPU pusat pengajian tinggi tersebut.

Dalam satu kenyataan, KMUM menyatakan pihaknya tidak melihat sebarang nilai tambah yang boleh diberikan susulan daripada pelantikan individu tersebut ke dalam jawatan berkenaan.

Noraini sebelum ini dilapor berkata pelantikan itu adalah melalui saluran betul iaitu bagi mewakili komposisi alumni institut pengajian tinggi berkenaan, lapor Bernama.

Tags: ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu