Social
177

Peluru meriam lama ditemukan di ladang kelapa sawit

Ipoh – Sebutir peluru meriam lama, dipercayai bersaiz 155mm dijumpai di Ladang Serigala Div A, Slim River kira-kira 100 km dari sini dan kini berada di dalam kawalan polis.

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Sulizmie Affendy Sulaiman berkata pihaknya menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memaklumkan mengenai penemuan peluru meriam dengan anggaran panjang 73 centimeter (cm) dan ukur lilit 50cm itu pada kira-kira pukul 4 petang.

“Hasil siasatan mendapati bom tersebut telah dijumpai di tepi laluan untuk mengangkut hasil sawit dan jarak lokasi ke jalan utama lebih kurang tiga kilometer,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Beliau berkata ia dijumpai tertanam di tebing tanah tepi jalan dalam kebun kelapa sawit dan siasatan lanjut mendapati hanya muncung peluru meriam yang berada di luar manakala badannya tertanam di dalam tanah.

Katanya kerja-kerja memusnahkan peluru meriam itu akan dilakukan setelah bantuan daripada Unit Pemusnah Bom tiba ke tempat kejadian, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu