Social
474

Pemandu ambulans KKM maut rempuh belakang lori

Johor Bahru – Seorang pemandu sebuah ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) maut dalam kemalangan di Kilometer 9.7 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Skudai di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.58 pagi itu, Kenderaan yang dinaiki mangsa bersama tiga lagi staf Kementerian Kesihatan merempuh belakang sebuah lori.

Mangsa yang berusia 49 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai mengalami kecederaan parah selepas tersepit pada bahagian pemandu, manakala tiga lagi staf cedera.

Difahamkan, Kemalangan berlaku ketika perjalanan dari Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kluang menuju ke Hospital Permai, di sini untuk mendapatkan bekalan vaksin.

 

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu