Kuala Lumpur Post

Social

Pemandu e-hailing didakwa bunuh kanak-kanak

JOHOR BAHRU — Seorang pemandu e-hailing didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, awal Oktober lepas.

Chan Wan Jie , 28, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Dia didakwa menyebabkan kematian kanak-kanak lelaki itu di sebuah rumah di Taman Skudai Ria, Skudai di sini antara pukul 8 hingga 8.30 malam 2 Okt lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aina Syakira Muhammad Syafiq Sim manakala tertuduh diwakili peguam K. Veeranesh Babu.

Majistret R.Salini menetapkan 17 Nov sebutan semula kes.