Social
1K

Pemandu lawan arus dipenjara, denda

Kuala Lumpur – Seorang lelaki yang memandu kereta Perodua Myvi secara melawan arus di Lebuh Raya Maju Expressway (MEX) pada 4 September lalu dikenakan hukuman penjara tiga hari dan denda RM8,000.

Hukuman tersebut dikenakan selepas suspek mengaku bersalah di Mahkamah Trafik, Jalan Duta di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan merbahaya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, pemandu kereta yang bekerja sebagai ejen insuran tersebut telah dituduh pada pagi ini selepas memandu dari arah Tol MEX menghala ke pusat bandar secara melawan arus.

“Hasil pertuduhan, lelaki berusia 24 tahun itu mengaku bersalah dan dikenakan hukuman penjara selama tiga hari dan denda RM8,000. Sekiranya gagal untuk membayar denda akan dipenjara selama 6 bulan.

“Hukuman ke atas kesalahan yang telah dilakukan telah diendorskan ke lesen pemandu dan pemandu telah hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen dalam tempoh lima tahun dari tarikh sabitan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tags: , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu