Social
490

Pemandu lori sebabkan kematian wanita ditahan

Ipoh – Polis menahan pemandu lori yang terbabit dalam kemalangan menyebabkan seorang wanita maut di Jalan Chemor–Jelapang di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pemandu berusia 44 tahun itu ditahan dan akan direman untuk siasatan lanjut.

“Siasatan mendapati lori memasuki ke laluan kenderaan lain dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Yahaya berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 10.40 pagi berhubung kemalangan itu.

Katanya lori daripada arah Jalan Lebuhraya Ipoh-Lumut menghala ke Sungai Siput dan apabila tiba di persimpangan lampu isyarat Jalan Jelapang pemandu hilang kawalan sebelum masuk ke laluan kenderaan mangsa yang pada ketika itu berada di arah Jalan Chemor ke Jelapang.

“Mangsa wanita berusia 26 tahun mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian, sementara pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan akan dibedah siasat pada jam 9 pagi esok. — BH Online

Tags: , , , , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu