Social
179

Pemandu Proton Satria sudah ditahan

Petaling Jaya –  Pemandu Proton Satria yang melarikan diri selepas cuba merempuh anggota polis dalam kejadian di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara Utama, di sini, sudah ditahan di Bukit Kiara, Kuala Lumpur, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan ketika bersembunyi di belakang rumahnya pada 8.30 malam.

Menurutnya, semakan rekod jenayah mendapati suspek mempunyai tujuh kes termasuk berkaitan dadah.

“Suspek direman empat hari untuk siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh dan Seksyen 188 Kanun Keseksaan kerana mengingkari perintah penjawat awam.

“Lelaki itu juga disiasat mengikut Seskyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan. hari ini.

Portal Harian Metro semalam melaporkan pihak berkuasa terpaksa melepaskan satu das tembakan di bahagian tayar kereta Proton Satria selepas pemandunya cuba merempuh anggota polis sedang bertugas dalam kejadian di Kampung Sungai Kayu Ara, Damansara Utama, di sini. – Harian Metro

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu