Nation
5K

Pembaharuan cukai jalan, lesen memandu boleh dilaksana di pejabat pos mulai Isnin

Kuala Lumpur – Urusan pembaharuan cukai jalan dan lesen memandu kini boleh dilaksanakan di pejabat pos mulai Isnin depan (9 Ogos) secara janji temu bagi mengelakkan kesesakan.

Pos Malaysia dalam kenyataan memaklumkan janji temu boleh dibuat secara dalam talian melalui ciri Outlet Finder di www.pos.com.my atau aplikasi mudah alih Pos Malaysia mulai esok (8 Ogos) dengan membuat pilihan negeri, cawangan pejabat pos dan klik pada pautan yang tersedia.

“Setiap pelanggan hanya dibenarkan menempah satu slot janji temu sehari dan menjalankan tidak lebih daripada tiga urus niaga pada setiap janji temu.

“Para pelanggan diminta untuk mematuhi prosedur operasi standard seperti memakai pelitup muka, pemeriksaan suhu, pengimbasan kod MySejahtera dan penjarakan fizikal satu meter ketika mengunjungi premis kami dan elakkan daripada mengunjungi pejabat pos sekiranya berasa tidak sihat atau mengalami gejala COVID-19,” menurut kenyataan itu.

Untuk sebarang pertanyaan, pelanggan boleh menghubungi menerusi AskPos di www.pos.com.my atau seperti yang tertera di skrin utama aplikasi mudah alih Pos Malaysia, lapor Bernama.

Tags: , ,

More Similar Posts

Most Viewed Posts
Menu